Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Duta Khas PBB ke Syria, Geir O. Pedersen menegaskan kedaulatan Syria ke atas Bukit Golan sekaligus menolak usul kongres Amerika Syarikat untuk mengiktiraf pengilhakan Israel terhadap wilayah yang didudukinya tersebut.
"Majlis Keselamatan berpandangan tegas bahawa Bukit Golan sememangnya wilayah Syria, dan usul pertama [Resolusi] 2254 jelas merujuk kepada integriti wilayah Syria," kata Pedersen kepada pemberita pada taklimat Majlis Keselamatan di Syria yang diadakan pada hari Khamis di New York .
Beliau membuat komen sebagai tersebut sebagai respon terhadap soalan yang menyentuh tentang rang undang-undang yang diperkenalkan oleh para anggota Republikan di kongres Amerika Syarikat yang bertujuan untuk mengiktiraf Bukit Golan sebagai wilayah Israel. -Press TV
1 Mac 2019 - 16:33
News ID: 931195
Duta Khas PBB ke Syria, Geir O. Pedersen menegaskan kedaulatan Syria ke atas Bukit Golan sekaligus menolak usul kongres Amerika Syarikat untuk mengiktiraf pengilhakan Israel terhadap wilayah yang didudukinya tersebut.